menjadi peneman tawa
setiap saat dan masa
lupa seketika kerja didepan mata
bercerita sehingga keluar segalanya
melayan awak tanpa sedar dunia sedang berputar diluar sana
tanpa awak sedar
ada satu jiwa sedang mekar
mengharap suatu yang lebih besar
melangkah tanpa sedikit rasa gentar
menunggu tanpa sedikit rasa ingin beredar
bersabar dan terus bersabar
awak dakap suatu susuk tubuh
awak pamir kegembiraan dengan gopoh
berjalan dari petang sampai subuh
tahukah awak dia perhati dari jauh
terasa diri diperbodoh
jiwa yang rapuh terus runtuh
sungguh. . .
dia kaku dan keliru
mesej di muka buku
seperti awak mahu dia selalu
membuat malamnya berlagu
membuat siangnya termangu
jadi siapa pemilik tubuh itu
sudahlah tu
berhenti jadi penipu
dia mungkin pernah rasa kesakitan ditinggalkan
dia mungkin pernah himpunkan kekesalan
dia mungkin pernah diuji kiri dan kanan
dia mungkin pernah jadi pemuja kesepian
tapi berhenti beri harapan
kerana dia tahu awak takkan tunaikan
sekian
*kisah sekeliling yang dijadikan bahan tulisan

1 comment:
tudia!!
da abe blog dah :D
Post a Comment