Friday, 25 November 2011

TIGA KATA :: dia sentiasa ada

awak
dimana awak bertapak
dia pasti akan nampak
berdiri tanpa rasa ingin berganjak
tiada getaran walau mungkin dipijak


kerana
dia mahu awak tahu
dia sentiasa ada disitu
memerhati dan menunggu
mengharap awak tahu sedalam mana dia membantu
dan merindu seperti mana dia selalu


dia tahu mereka mengata
menikam dengan laju tanpa merasa
melihat dunia awak dan dia seolah-olah neraka
dia hanya mampu tersenyum dan gembira
memerhati setiap kesungguhan mereka mencampur racun dalam cinta
tanpa sekelumit membunuh setianya
apatah lagi rasa didada








awak tolong catat
dia mahu awak ingat sampai kiamat
dia sentiasa ada saat awak penat
dia sentiasa ada saat awak cacat
dia sentiasa ada walau awak mungkin tak minat
dia sentiasa ada sehingga dia jadi mayat


**penulisan yang tak sempurna**

No comments: