hei awak yang disana
bagaimana dengan hati dan jiwa
masih lagi menjalani duka yang sama
atau sudah mula melihat bahagia di seberang sana
merancang membina jambatan mimpi yang lebih indah dan kukuh bersama
oh tidak mengapa
memang itu harapan dia
dia tidak mampu membina taman dihati
dia tidak mampu mengukir senyum diwajah putih suci
dia tidak mampu membuat awak menari-nari
dia tidak mampu menjanjikan awak dengan cinta yang konon sejati
dia tidak mampu melihat awak berusaha menyakini hati sendiri
dia tidak mampu melihat airmata itu jatuh lagi
jadi tolong berhenti
dia cuba ketitik mula
pesanan dibaca berulang kali dengan gembira
gambar ditatap sehingga dunia bertukar warna
laman sesawang dilawat bersama setiap masa
mendengar lagu cinta seolah-olah memahami jiwa
hujung minggu menjadi waktu meluah rasa cinta
sesungguhnya dia telah berusaha
sehingga ini akhirnya
awak cukup lah tu
tidak penatkah bercinta dengan hantu
menunggu siang malam tanpa jemu
mengukir senyuman walau didalam seperti hempedu
mencipta bahagia sendiri yang tak mungkin dia mahu
mengharap dia kembali seperti dulu
cuba
bukalah mata
mungkin bukan dia peneman di syurga
mungkin bukan dia jodoh yang ditentukan oleh-NYA
p/s : belajar untuk redha okee , ,

