Monday, 23 January 2012

cuti itu seronok ! !

assalamualaikum. .


wahwah .ape aku nak buat dengan cuti yang cume sebulan ney ? belom ade kawan pon yang ajak lepak lagi. sadis je kan .aku tau korang da puas bejalan2 kan kan . tak pe. harini hari korang,esok lusa hari aku lah tuh !


kalau tak bejalan ,tak seronok lah cuti . ye ke ? hoiii . .duduk lepak dengan family adalah satu perkara yang seronok dalam dunia tau tak ?? kau ingat senang nak dapat masa duduk rumah tengok tv ,gelak-gelak ,basuh kete, bersihkan rumah,makan sama-sama family? susah hoii bagi student. jadi memang lah aku manfaatkan sepenuhnye dengan family kan. 


aktiviti aku setakat beberape hari duduk rumah ni cume makan tido makan tido .eyh kan azam aku nak naikkan berat badan .wajarlah aku buat gitu kan kan. 


hahah tapi aku ada la tolong mak aku masak-masak .nak kawen kene pandai masak . mak aku yang cakap eh . ney aktiviti wajib aku. kan mak bapak aku seorang peniage tegar. muahaha.


eyh tapi gambar ney bukan la karipap yang aku buat. aku buat lagi cantek ! tolong pecaye. .ney je la yang aku buat tiap-tiap malam . walaupun ngantuk buat ney ,tapi mak aku bagi gaji tau ! aku tak mintak .mak yang nak bagi . kite terime je lah .rezeki kan . minggu depan kot baru aku tengok bandar johor bahru. tak puas lagi ngadap karipap ney .haha.

waktu bersama keluarga adalah waktu yang paling berharga. sile percaya. 

Monday, 2 January 2012

ayuh sambut pendatang baru



Assalamualaikum


hye anak-anak sume . Wah bajet mak neyh . muda mudi semua tak nak jadi mak , aku nak ngaku pulak . maklumlah sejak dua menjak 2012 ney , sume nak bajet tua . wawawa . aku muda lagi lah . 


so , dia datang dah. 2012. ape azam korang ? azam 2011 da selesai belum ? tak selesai pun tak pe. tak jatoh dosa pun.azam 2011 aku pun tak terlaksana lagi. kena proceed tahun ney la nampaknye. aku da listkan azam aku untuk tahun ney. azam besar je lah. azam kecik aku malas nak kabo kat kome semua.

azam aku : 

    1.tambah berat badan. mengikut timbang dekat rumah aku ,berat aku cuma 37.okee aku tau sangat ringan bagi budak umur 20 macam aku.eyh 21 lah sekarang kan. sebenarnya sejak dua menjak ney jep berat aku makin kurang. kawan aku cakap aku tak sihat .kena pegi jumpe doktor .wah kejam weyh ! hahah. ye kejap lagi aku tambah banyak-banyak ,kau jangan cakap aku tak sihat lagi eyh .


    2. oleh kerana final exam pun tepi-tepi sudut(bace: around the corner) , jadi azam pun kena la ada kaitan dengan exam kan. aku punya azam nak la dapat dekan sem ney .asyik-asyik kena jumpa ketua program nak mintak kredit hour lebih je ,malu la aku .wahaha .kantoi result teruk. mana tau result gempak ,mak bagi suzuki swift ke kan .ecece bajet dapat ! kalau tak berjaya jugak azam ney ,aku postpone untuk sem depan pulak lah .lalala.


    3. nak kawen .woahh . mentang-mentang sume orang dok sebuk kate kawen muda seronok ,gatal eyh ! maksud aku nak ada hubungan yang lebih serius lah. bukannye maksud aku selama ney aku main-main. sikit-sikit tu normal lah remaja. haha . ape salahnya kalau kita amek one step further kan kan . asyik bercinta tak ada tujuan ,baiklah kau bawak aku pegi jumpe mak kau (pergh tak malu gile). haha. buat lah macammana pun yang penting kena serius. kan da 21 tahun .okey lepas ney nak suruh mak abah get ready .mane tau tiba-tiba aku bawak calon balik rumah, haa tak ada lah terkebil-kebil nak pikir soalan apa nak tanya kan.






okee cukup kot azam besar yang aku boleh pikir buat masa ney .nak bagi duet untuk mak abah pegi haji ,aku nak korek dekat mane ? student mane ade duet T_T . harap korang pun berjaya dengan azam korang okee . 

                    SELAMAT TAHUN BARU SEMUA !

p/s : setiap orang mesti ada azam yang wajib kan .nak perbaiki diri jadi lebih baik . aku pun samelah .

Tuesday, 20 December 2011

TIGA KATA :: mungkin bukan dia

Assalamualaikum . .


hei awak yang disana
bagaimana dengan hati dan jiwa
masih lagi menjalani duka yang sama
atau sudah mula melihat bahagia di seberang sana
merancang membina jambatan mimpi yang lebih indah dan kukuh bersama
oh tidak mengapa
memang itu harapan dia


dia tidak mampu membina taman dihati
dia tidak mampu mengukir senyum diwajah putih suci
dia tidak mampu membuat awak menari-nari
dia tidak mampu menjanjikan awak dengan cinta yang konon sejati
dia tidak mampu melihat awak berusaha menyakini hati sendiri
dia tidak mampu melihat airmata itu jatuh lagi
jadi tolong berhenti


dia cuba ketitik mula
pesanan dibaca berulang kali dengan gembira
gambar ditatap sehingga dunia bertukar warna
laman sesawang dilawat bersama setiap masa
mendengar lagu cinta seolah-olah memahami jiwa
hujung minggu menjadi waktu meluah rasa cinta
sesungguhnya dia telah berusaha
sehingga ini akhirnya


awak cukup lah tu
tidak penatkah bercinta dengan hantu
menunggu siang malam tanpa jemu
mengukir senyuman walau didalam seperti hempedu
mencipta bahagia sendiri yang tak mungkin dia mahu
mengharap dia kembali seperti dulu


cuba
bukalah mata
mungkin bukan dia peneman di syurga
mungkin bukan dia jodoh yang ditentukan oleh-NYA



p/s : belajar untuk redha okee , ,